Mengapakah Rawdah Sajada AMRU lebih mahal berbanding sejadah Rawdah lain seperti di Shopee dan Lazada?

Rawdah Sajada keluaran AMRU lebih mahal berbanding sejadah Rawdah lain di pasaran kerana sejadah ini diimport khas daripada Madinah, keluaran Al-Munawara, sebuah jenama dibawah NGO yang bertanggungjawab menghasilkan permaidani untuk Masjid Haram & Masjid Nabawi. 

Al-Munawara adalah NGO yang beroperasi sebagai cabang komersial dibawah badan wakaf yang ditubuhkan oleh HRH Putera Faisal Bin Salman. Semua pendapatan mereka diwakafkan sebagai sumbangan kepada pembangunan masyarakat dan ekonomi Madinah, termasuk dengan penyelenggaraan Masjid Nabawi.

Sejadah Rawdah jenama Al-Munawara ini juga menggunakan fabrik 'Polypropylene Silky' yang lembut dan ketebalan sekitar 8mm terdiri daripada 1.6 juta titik cucukan benang berbanding sejadah rawdah lain di pasaran. 

Anda boleh rujuk maklum balas salah seorang pelanggan kami yang merupakan pengguna setia sejadah Rawdah jenama Al-Munawara setiap kali berkunjung ke tanah suci.

Did this answer your question? Thanks for the feedback There was a problem submitting your feedback. Please try again later.

Still need help? Contact Us Contact Us