Kenapa harga Floral Sajada ni agak tinggi berbanding sejadah biasa?
Kami yakin Floral Sajada keluaran AMRU ini ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan. Sejadah berkonsep floral ini adalah hasil tenunan dari Turki yang terkenal dengan kehalusan sentuhan seninya. Isian latex pula dari Thailand sebagai di antara negara pengeluar latex terkenal dunia. Kombinasi dua negara untuk menghasilkan sejadah yang pertama seumpanya di Malaysia. Tambahan pula, AMRU hanya mengeluarkan 1000 helai sahaja untuk koleksi floral ini.
Dari segi keselesaan pula, ia tidak dapat ditandingi oleh sejadah biasa kerana faktor isian latex asli 100% di dalam sejadah. Teknologi latex ini telah diterima umum memberi pelbagai manafaat untuk tubuh badan dan telah digunakan secara meluas pada industri tilam, bantal, kasut dan sebagainya.